Ahad, 7 April 2013

الاسم واللقب والكنية



Ramai yang terkeliru dengan cara atau kaedah sebenar yang menepati kaedah bahasa arab dalam menulis nama seseorang yang mempunyai kuniyah atau laqab.Tulisan saya kali ini akan memberi sedikit panduan tentang cara cara menulisnya.Semoga bermanfaat!!


1) Tidak ada susunan antara isim dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:


أبو الحسن عليّ بطلٌ

عليّ أبو الحسن بطلٌ
2) Tidak ada susunan antara laqab dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:

الصّدّيق أبو بكر أول الخلفاء الراشدين

أبو بكر الصّدّيق أول الخلفاء الراشدين

3) Wajib mengikut susunan antara isim dengan laqab,iaitu dengan mendahulukan isim dan mengakhirkan laqab,sebagai contoh:
عمر الفاروق هو الخليفة الثاني من الخلفاء الراشدين

Susunan ini wajib sekiranya isim lebih masyhur dari laqab,tetapi sekiranya laqab lebih masyhur maka harus kedua duanya,seperti:

المسيح عيسى بنُ مريمَ رسولٌ كريم

عيسى بنُ مريمَ المسيح رسولٌ كريم

Rujukan : An Nahwu al Wafi


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan

Sabtu, 23 Mac 2013

KAEDAH MENGI'RAB DHOMIR FASL



إعراب ضمير الفصل


'IRAB DHOMIR AL FASL


Dhomir fasl atau lebih dikenali sebagai dhomir munfasil terdiri daripada:


1)أنا

2)نحن
3)هو
4)هي
5)هما
6)هم
7)هن
8) أنتَ,أنتِ,أنتما,أنتم,أنتنّ
9)إياي,وإيانا,وإياكَ,وإياكِ,إياكما,إياكم,إياكن,إياه,إياها,إياهما,إياهم,إياهن

Dalam 'irab dhomir fasl mengandungi dua perkara:


1)Dhomir ini pada hakikatnya bukanlah dhomir tetapi hanyalah حرف خالص الحرفية

tidak membawa apa apa 'amal

2)Isim yang selepasnya di'irabkan mengikut jumlah sebelumnya tanpa melihat kepada huruf fasl yang ada,maka berlaku 'irab mengikut apa yang berada sebelum huruf fasl dan selepasnya tanpa bergantung kepadanya(huruf fasl),seolah olah ia tidak wujud kerana dianggap sebagai huruf muhmal yang tidak membawa apa apa 'amal.Maka huruf itu tidak menjadi mubtada' dan tidak juga khabar atau yang lainnya dari jenis jenis keadaan asma'.


Tetapi hanya pada satu keadaan sahaja ia menjadi isim dan wajib mengi'rab dan menamakannya dhomir fasl,sebagai contoh:


كان السبّاق هو عليّ

هو : ضمير مبتدأ مبني على الفتح في محل رفع وخبره كلمة عليّ والجملة من المبتدأ والخبر في محل نصب خبر

Contoh contoh yang akan ditunjukkan selepas ini akan lebih memudahkan para pembaca untuk memahami cara mengi'rab dhomir fasl disebabkan banyak khilaf yang berlaku dan kita tidak perlu untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam supaya pelajaran ini lebih mudah.


1)العقل هو الحارس

I'rab yang pertama:

هو: مبتدأ وخبره الحارس والجملة منهما معاً خبر المبتدأ الأول

I'rab yang kedua:

هو: حرف أو الاسم لا محل له من الإعراب

Kesimpulannya,i'rab pertama lebih afdhol berbanding i'rab kedua.

2)َكان محمد هو الحارس

I'rab yang pertama dengan sin yang berbaris fathah:

هو: اسم أو حرف لا محل له من الإعراب

كان محمد هو الحارسُ

I'rab yang kedua dengan sin yang berbaris dhommah:

هو:مبتدأ وما بعده خبر والجملة في محل نصب خبر كان

3)ظننت محمدا هو الحارسَ

I'rab yang pertama untuk dhomir dengan sin yang berbaris fathah:

هو:اسم أو حرف لا محل له من الإعراب

ظننت محمدا هو الحارسُ

I'rab yang kedua untuk dhomir dengan sin yang berbaris dhommah:

هو:مبتدأ وما بعده خبر والجملة في محل نصب مفعولا ثانيا

4)كنت أنت المخلصَ

Dua i'rab untuk dhomir dengan shod yang berbaris fathah

أنت:اسم أو حرف لا محل له من الإعراب
أنت:توكيد لفظي وتكون كلمة المخلص خبر لكان منصوبا

كنت أنت المخلصُ

I'rab untuk dhomir dengan shod yang berbaris dhommah:

أنت:مبتدأ وخبره كلمة المخلص والجملة في محل نصب خبر كان


Wallahu'alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.

Selasa, 22 Januari 2013

TAWASSUL YANG DISYARI'ATKAN DAN YANG DITEGAH




Tulisan ini adalah hasil penterjemahan risalah kecil yang bertajuk:At Tawassul bi Al Awliya' wa As Solihin.Penulis memulakan risalahnya dengan memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berselawat ke atas nabi kemudian memulakan risalahnya.
Kesan daripada jauhnya para muslimin terhadap tuhan mereka dan kejahilan mereka dalam agama di masa kini menyebabkan bercambahnya syirik,bid’ah – bid’ah dan khurafat.Antara kandungan syirik yang tersebar secara meluas adalah mengagungkan orang orang yang mereka namakannya sebagai awliya’(wali wali) dan solihin(orang yang soleh),doa merekakepada selain Allah dan ‘itiqhod(pegangan) mereka bahawa mereka(awliya’ & solihin) boleh memberi manfaat dan mudharat.

Mereka mengagungkannya dan bertawaf di perkuburan mereka lalu mendakwa sesungguhnya mereka bertawassul(menggunakan perantaraan) untuk mencapai hajat dan menghilangkan kesusahan.Sekiranya mereka semua yang jahil ini kembali kepada Al Quran dan Al Sunnah serta mendalami apa yang datang dari kedua sumber ini tentang doa dan tawassul,pasti mereka akan mengetahui apa yang dimaksudkan dengan tawassul yang haqiqi dan yang disyari’atkan.

Sesungguhnya tawassul yang haqiqi lagi masyru’ adalah yang berada di atas jalan ketaatan kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan ketaatan dan menjauhi keharaman,mengikut jalan mendekatkan diri kepada Allah dengan amal soleh dan memintaNya dengan asma’(nama nama)Nya dan ketinggian sifatNya,ini semua merupakan cara mendekatkan diri kepada Allah dan jalan yang membawa kepada rahmat dan keredhaanNya.

Adapun bertawassul kepada Allah dengan pergi ke kubur orang yang telah mati lalu tawaf di sekelilingnya,menyerahkan atau mempersembahkan nazar mereka,merebahkan badan di hadapan pintu kubur agar dipenuhi hajat mereka dan dihilangkan kesusahan,maka ini bukanlah tawassul yang masyru’ bahkan ia adalah kesyirikan dan kekafiran.Wal’iyazu billah.

Hujah sebahagian manusia menggunakan  tawassul ‘Umar bin Al Khattab dengan ‘Abbas Radhiallahu’anhuma,maka sesunggungguhnya ‘Umar bertawassul dengan do’a  ‘Abbas bukan dengan dirinya(‘Abbas).Tawassul dengan do’a seseorang bukannya dengan orang itu sendiri!!dengan syarat mestilah masih hidup kerana tawassul dengan do’a orang masih hidup merupakan sebahagian dari jenis tawassul yang masyru’ dengan syarat orang yang kita tawassul dengannya adalah orang yang soleh.

Bagaimana seseorang yang pergi ke kubur orang yang telah mati lalu meminta kepada Allah dengan keberkatannya dan meminta pertolongan darinya sedangkan orang itu setelah matinya tidak memiliki dirinya sesuatu pun.Si mati juga tidak mampu untuk memberi manfaat kepada dirinya inikan pula memberi manfaat kepada orang lain!!!Tidak mungkin bagi seseorang yang sihat aqal fikirannya untuk menetapkan bahawasanya seseorang yang telah mati dan hilang kemampuan bergeraknya serta tidak berfungsi anggota badannya mampu untuk memberi manfaat kepada dirinya apatah lagi kepada yang lain.Nabi Muhammad Sallalahu’alaihi wa sallam telah menafikan kemampuan manusia untuk melakukan sesuatu selepas mati,sabdanya:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث:صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له


Apabila mati anak Adam,terputus ‘amalannya kecuali tiga:Sedeqah jariyah,’ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo’akannya.

Maka jelas di dalam hadith ini bahawa orang mati yang memerlukan do’a dan keampunan untuknya,bukannya orang hidup yang memerlukan doa dari si mati.Hadith ini telah menetapkan terputusnya amalan anak Adam selepas kematiannya,bagaimana kita boleh ber’itiqhod sesungguhnya orang yang mati itu hidup dan boleh berhubung dengan selainnya untuk meminta apa jua jenis permintaan,bagaimana kita boleh ber’itiqhod seperti itu??!!!!Orang yang mati tidak mungkin mendengar siapa yang mendoakannya sekalipun dia memanjangkan doanya,Allah Ta’ala berfirman:

وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ (13) إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ (14)



Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit nipis.
Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan dihari kiamat mereka akan mengingkari kemusyirikanmu dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.
Surah Fathir:13,14

Allah menafikan terhadap mereka pemilikan dan pendengaran terhadap doa.Amatlah diketahui bahawa sesiapa yang tidak memiliki,dia tidak memberi dan sesiapa yang tidak mendengar,tidak menjawab dan tidak mengetahui.Ayat ini telah menjelaskan sesungguhnya setiap orang yang berdoa kepada selain Allah tidak kiralah apa jua sekalipun,maka sesungguhnya ia tidak mampu dicapai.Setiap apa yang diibadahi selain Allah,maka ibadahnya bathil.Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ (106) وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (107)


Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim".
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah Yunus:106,107

Jelaslah bagi kita bahawa sesungguhnya setiap sesuatu doa yang dipohon kepada selain Allah tidak memberi manfaat dan mudharat.Oleh itu,apa faedahnya ??Ini merupakan penipuan ahli khurafat yang mengatakan:Kami pergi ke kubur fulan atau kami berdoa di kubur wali fulan dan berjaya mendapat apa yang kami inginkan.Maka sesiapa yang berkata seperti itu,dia telah berbohong ke atas Allah!!!Sekalipun dia mendapat apa yang dia inginkan,dia berhasil disebabkan salah satu dari dua sebab:

1)
Jika sesuatu perkara itu mampu diusahakan oleh makhluk maka ini diperoleh dari syaitan kerana mereka senantiasa berada di kubur kerana tidak ada satu kubur atau patung yang disembahi melainkan adanya syaitan untuk mempermainkan akal manusia.Mereka yang bertawassul dengan wali wali ini ketika mana mereka telah menjadi sejenis dengan para penyembah patung berhala maka syaitan menyesatkan dan menyimpangkan mereka dari kebenaran sebagaimana syaitan menyesatkan para penyembah patung berhala dahulunya.Syaitan menyerupai orang yang mereka minta pertolongan dan berbicara dengan mereka sebagaimana syaitan berbicara dengan bomoh.Boleh jadi sebahagian dari tu adalah betul dan kebanyakan adalah tipu.Boleh jadi juga mampu untuk memenuhi hajat mereka dan menjauhkan mereka dari apa yang tidak mereka sukai mengikut apa yang mampu dilakukan oleh manusia.Mereka menyangka sesungguhnya syeikh atau wali yangkeluar dari kubur mereka dan melakukan perkara tersebut padahal hakikatnya ia adalah syaitan yang menyerupai wali tersebut untuk menyesatkan orang yang meminta pertolongan darinya sebagaimana syaitan masuk ke dalam patung dan berbicara dengan penyembahnya serta memenuhi sebahagian hajatnya.

2)
Adapun sekiranya sesuatu itu tidak mampu dilakukan kecuali oleh Allah seperti hidup,sihat,kaya,miskin dan selainnya yang merupakan sesuatu yang khusus bagi Allah maka ini adalah taqdir yang telah ditulis oleh Allah 50000 tahun  sebelum diciptakan langit dan bumi.Allah telah menetapkannya di waktu tersebut dan bukanlah dia berhasil disebabkan doa pemilik kubur sebagaimana yang mereka dakwa.

Dinasihatkan kepada orang yang mempunyai aqal untuk tidak membenarkan khurafat sebegini.Hendaklah seseorang insan itu memautkan hatinya kepada Allah dan menunggu hajatnya termakbul tanpa bergantung harap kepada makhluk kerana makhluk lemah terdapat pada mereka kejahilan dan kelemahan.Maka bagaimana seseorang boleh meminta hajatnya kepada makhluk sepertinya??Boleh jadi makhluk itu mati dan tidak mendengar,tidak melihat,tidak memiliki apa apa pun,bahkan dia tidak mapu untuk mengangkat satu zarah tanah yang memenuhi jasadnya.Tidaklah ini melainkan mata kesesatan,kejahilan dan penyelewengan dari kebenaran yang sebenar.Akan tetapi,syaitan telah mengaburi dan menghiasi manusia apa yang mereka tahu.Cukuplah amalan ini dianggap hina dan keji kerana pelakunya mengharap kepada makhluk dan berpaling dari Allah Jalla wa ‘Ala.Ini merupakan sebenar benar kebutaan mata dan kematian hati!!

Wallahu'alam
Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan




Isnin, 21 Januari 2013

MEMAHAMI MAKNA KALAM ALLAH DALAM SURAH AN NISA' AYAT 103



Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan hambanya untuk mengingatinya dalam setiap keadaan,maka Allah berfirman:

فاذكروا الله قياما وقعودا وعلى جنوبكم(النساء:103)

Terdapat tiga qaul mengenai zikir di dalam ayat ini:

Qaul yang pertama:Sesungguhnya ia adalah zikir kepada Allah Ta’ala pada selain solat,atau:Berzikirlah kepada Allah Ta’ala,dan bertasbihlah kepadanya pada setiap masa dan ketika,pada setiap keadaan,malam dan siang,secara sembunyi atau terang,pagi dan petang,di laut mahupun di darat,sihat dan sakit serta apa jua keadaan.

Bukanlah maksud ayat tersebut-sebagaimana yang ditafsirkan sebahagian orang-adalah berzikir dengan menghentak ke tanah,menggoyangkan kepala dan kedua tangan serta kaki.
Zikir dengan kaifiat seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah,tidak juga para sahabatnya dan tabi’in yang sentiasa mengikuti sunnah Rasululllah dalam segenap aspek kehidupan mereka.

Qaul yang kedua:Sesungguhnya ia adalah zikir di dalam solat,atau:Solatlah secara berdiri,jika tidak mampu maka duduklah,jika tidak mampu maka berbaringlah.

Qaul yang ketiga:Sesungguhnya ia adalah ketakutan terhadap Allah Ta’ala,atau:mereka takut terhadap Allah Ta’ala ketika berdiri dalam tingkahlaku mereka,dan dalam keadaan duduk ketika ketenangan mereka,dan dalam keadaan berbaring ketika tidur mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mendorong hambanya untuk berzikir kepadanya,maka Allah berfirman di dalam Al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Wahai orang orang yang beriman,berzikirlah kepada Allah,zikir yang sebanyak banyaknya
Dan bertasbihlah kepadanya  di waktu pagi dan petang.
Surah Al Ahzab:41-42

Zikir kepada Allah Ta’ala merupakan suatu perkara yang besar dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah,dan merupakan sebaik baik ketaatan,ia juga pengikat yang kukuh antara hamba dan tuhannya.

Allah juga telah berfirman:

فاذكروني أذكركم
Maka ingatlah kepadaku nescaya aku ingat kepadamu
Surah  Al Baqarah:152

yakni:Ingatlah aku dengan mentaatiku,aku akan mengingatimu dengan keampunanku.Maksudnya:Jika kamu mengingatiku,aku akan mengingatimu.

Wallahu’alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.

Khamis, 17 Januari 2013

ZIARAH MASJID NABAWI





Artikel kali ini akan membincangkan isu yang berkait dengan ziarah Masjid Nabawi.Hukum hakam mengenai ziarah Masjid Nabawi banyak yang tidak diketahui oleh orang ramai sehingga menyebabkan berlaku beberapa perkara yang menyalahi syari'at.Oleh itu,saya kira adalah suatu perkara yang mustahak untuk menerangkan hukum hakam dan peringatan terhadap perkara yang menyalahi syari'at mengikut apa yang benar dan tepat dari petunjuk Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam dan para Sahabat Radhiallahu'anhum.Saya menterjemahkan risalah yang sangat bermanfaat tulisan Yusuf bin Abdullah Al Ahmad yang diteliti semula oleh Fadhilatus Syaikh Abdullah Al Jibrin buat tatapan rakan rakan yang bakal menunaikan 'umrah.

1)Disyari'atkan safar untuk solat di Masjid Nabawi pada bila bila masa sebagaimana yang tsabit di dalam As Sohihain(Sohih Bukhari dan Sohih Muslim) dari Abi Hurairah Radhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda:


صلاة في مسجدي هذا خير من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام
متفق عليه


Terjemahan:Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di tempat selainnya kecuali Masjidil Haram

Muttafaqun 'alaih

2)Safar untuk solat di Masjid Nabawi tidak ada kaitan dengan haji;oleh itu,bukanlah termasuk dari sunat sunat haji atau kesempurnaannya dengan menziarahi Masjid Nabawi sebelum haji atau selepasnya.


3)Apabila seseorang muslim sampai ke Masjid Nabawi disunatkan padanya apa yang disunatkan ketika memasuki masjid,iaitu mendahulukan kaki kanan ketika masuk,sambil berkata:


بسم الله,والصلاة والسلام على رسول الله,اللهم افتح لي أبواب رحمتك

أعوذ بالله العظيم,وبوجهه الكريم,وسلطانه القديم من الشيطان الرجيم

4)Kemudian bersolat dua rakaat tahiyyatul masjid.


5)Setelah selesai solat,disunatkan untuk pergi ke kubur nabi dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan 'Umar dan mengucapkan salam ke atas mereka dengan berkata:


السلام عليك يا رسول الله,السلام عليك يا أبا بكر,السلام عليك يا عمر


kemudian berlalu pergi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu 'Umar ketika datang ke Madinah.


6)Disunatkan bagi sesiapa yang berada di Madinah untuk membersihkan dirinya di rumah kemudian menuju ke Masjid Quba' dan bersolat dua rakaat di dalamnya;sebagaimana sabda Nabi Sallalahu'alaihi wa sallam:


من تطهّر في بيته ثم أتى مسجد قباء فصلّى فيه ركعتين كان له كأجر عمرة

حديث صحيح أخرجه أحمد والنسائي وغيرهما

Terjemahan:Barangsiapa yang membersihkan diri di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat,baginya pahala seperti mengerjakan 'umrah.
Hadith Sohih,Dikeluarkan oleh Imam Ahmad,An Nasaie dan yang lainnya.


7)Disunatkan untuk menziarahi perkuburan Baqi' dan kubur para syuhada' peperangan Uhud;kerana Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam menziarahi mereka dan mendoakan mereka;sebagaimana 'umum sabdanya:


كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dahulu aku melarang kamu semua menziarahi kubur,maka ziarahilah.
Dikeluarkan oleh Muslim.


Nabi telah mengajar para Sahabat apabila mereka menziarahi kubur hendaklah berkata:


السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين,وإنا إن شاء الله بكم لاحقون,نسأل الله لنا ولكم العافية

أخرجه المسلم

8)Antara perkara yang wajid diketahui adalah bahawa binaan atas kubur seperti kubah atau yang lainnya,membina masjid di atas kubur,mengebumikan mayat di dalam masjid merupakan perkara haram yang besar kerana Nabi telah memberi peringatan dengan sebenar benar peringatan dalam nas nas yang banyak,antaranya:

عن عائشة رضي الله عنها قالت:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرضه الذي لم يقم منه:لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد
متفق عليه

Terjemahan:Dari A'isyah Radhiallahu'anha berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda ketika sakitnya yang membuatkan beliau tidak dapat berdiri:Allah melaknat orang orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah.
Muttafaqun 'Alaih

وعن عائشة أيضا أن أم حبيبة وأم سلمة رضي الله عنهما ذكرتا كنيسة رأينها بالحبشة فيها تصاوير لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال:إن أولئك إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات,بنوا على قبره مسجدا,وصوّروا فيه تلك الصور,أولئك شرار الخلق عند الله يوم القيامة
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Aisyah juga sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah Radhiallahu'anhuma menceritakan tentang gereja yang mereka lihat di Habsyah padanya gambar gambar kepada Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam lalu bersabda:Mereka itu(Nasrani) apabila ada orang yang soleh dalam kalangan mereka yang mati,mereka membina masjid di atas kuburannya,membuat gambar(patung),mereka itu makhluk paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.
Dikeluarkan oleh Muslim.

وعن جابر رضي الله عنه قال:نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر,وأن يقعد عليه,وأن يبنى عليه
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Jabir Rodhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alahi wa sallam melarang untuk menyimen kubur,duduk di atasnya dan mebuat binaan di atasnya.
Dikeluarkan oleh Muslim

Adapun kewujudan kubur nabi di dalam masjid;maka sesungguhnya Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam tidak dikebumikan di dalam masjid tetapi dikebumikan di dalam Hujrah 'Aisyah Rodhiallahu'anha.Hujrahnya terletak di luar masjid dan berterusan sehinggalah tamat zaman Sahabat Rodhiallahu'anhum.

Kemudian,dibesarkan masjid pada zaman Al Walid bin Abdul Malik dan dimasukkan Hujrah ke dalamnya.
(Lihat Majmu' Fatawa Ibn Taimiyyah 27/323)

Sepatutnya pembesaran hendaklah tidak berlaku pada arah kubur nabi sebaliknya pada tiga arah yang lain sehingga membolehkan kubur kekal di luar masjid sebagaimana yang dilakukan oleh 'Umar dan 'Uthman Rodhiallahu'anhuma dalam pembesaran masjid.

KESALAHAN DAN PERINGATAN

1)Ramai orang yang bermusafir ke Madinah dengan tujuan ziarah kubur Nabi,dan amalan ini adalah tidak boleh.Disyari'atkan bagi seseorang muslim untuk berniat solat di Masjid Nabawi sebagaimana sabdanya:

لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد:المسجد الحرام ,ومسجدي هذا,والمسجد الأقصى
متفق عليه

Terjemahan:Tidaklah pelana itu diikat-tidak boleh sengaja melakukan perjalanan dalam rangka ibadah-kecuali ke tiga tempat:Masjidil Haram,Masjidku ini(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Muttafaqun 'Alaih.

2)Menziarahi kubur nabi,dua sahabatnya(Abu Bakar dan Umar)khusus untuk lelaki sahaja;adapun perempuan tidak ada bagi mereka menziarahi apa apa kubur;sebagaimana sabda Nabi Sollalahu'alaihi wa sallam:

لعن الله زوّارات القبور
حديث صحيح أخرجه أحمد والترمذي وابن ماجه

Terjemahan:Allah melaknat wanita wanita yang menziarahi kubur.
Hadith Sohih dikeluarkan oleh At Tirmizi dan Ibnu Majah.

3)Tidak boleh bagi seseorang untuk memegang atau menyapu (dengan tujuan tabarruk) pada minbar,hujrah yang ada di dalamnya kubur nabi dan kedua sahabatnya,tidak menciumnya,tidak tawaf di sekelilingnya kerana sesungguhnya ini semua adalah bid'ah munkarah.

4)Tidak boleh bagi seseorang untuk meminta kepada Rasulullah atau sesiapa yang lain untuk menyempurnakan hajatnya,menghilangkan penderitaannya,mengubati penyakitnya,memberi syafaat kepadanya atau yang seumpama dengannya kerana semua ini tidaklah dipinta melainkan kepada Allah.Meminta dari orang yang telah mati adalah syirik kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5)Antara amalan bid'ah yang dilakukan oleh orang yang menziarahi kubur nabi adalah meninggikan suara,berdiri lama dan berdoa di sisi kuburnya.Ada juga yang menghadap ke kubur lalu mengangkat tangan berdoa.Begitu juga apa yang dilakukan sebahagian manusia yang menghadap ke kubur dari jauh lagi kemudian menggerakkan kedua lidahnya dengan salam dan do'a,ziarah kubur nabi setiap kali selepas solat atau setiap kali masuk ke masjid atau keluar.Ini semua menyalahi apa yang dilakukan salafussoleh dari kalangan Sahabat,Tabi'ien,Atba' Tabi'ien bahkan ia termasuk dari bida'ah.

6)Telah dijelaskan sebelum ini apa yang disyar'atkan menziarahinya ketika berada di Madinah dan selain dari itu maka ia tidak disyari'atkan;seperti Masajid Sab'ah,Masjid Qiblatain dan yang lainnya,begitu juga pergi dengan mereka yang dinamakan sebagai pemandu pelancong untuk mengajar mereka do'a do'a.

Wallahu'alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.


Rabu, 16 Januari 2013

PANDUAN 'UMRAH DAN ZIARAH





Hadith Rasulullahi Sallallahu'alaihi Wasallam:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة

 “Umrah kepada umrah lainnya adalah penebus dosa antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga.”

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Dan bagi mereka yang mengerjakan 'umrah pada bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullahi Sallallahu'alaihi Wasallam:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يُخْبِرُنَا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الل

َّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِامْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ سَمَّاهَا ابْنُ عَبَّاسٍ فَنَسِيتُ اسْمَهَا مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّينَ مَعَنَا قَالَتْ كَانَ لَنَا نَاضِحٌ فَرَكِبَهُ أَبُو فُلَانٍ وَابْنُهُ لِزَوْجِهَا وَابْنِهَا وَتَرَكَ نَاضِحًا نَنْضَحُ عَلَيْهِ قَالَ فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِي 
فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ أَوْ نَحْوًا مِمَّا قَالَ
أخرجه البخاري في: 26 كتاب العمرة: 4 باب عمرة في رمضان


Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Juraij dari 'Atho' berkata; Aku mendengar Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma mengkhabarkan kepada kami, katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada seorang wanita dari Kaum Anshar yang disebut namanya oleh Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma namun kami lupa siapa namanya: Apa yang menghalangimu untuk menunaikan haji bersama kami?. Wanita itu berkata: Dahulu kami memiliki seekor unta yang selalu digunakan oleh ayah fulan dan anaknya, maksudnya adalah suami dan anak dari perempuan itu, kemudian dia membiarkan unta tersebut untuk mengangkut air. Beliau sallallahu 'alaihi wasallam berkata: Apabila datang bulan Ramadhan, laksanakanlah 'umrah kerana 'umrah pada bulan Ramadhan seperti 'ibadah haji atau seperti itu (haji) sebagaimana yang Beliau sabdakan.

Dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dalam Kitab Al 'Umrah,Bab 'Umrah dalam Ramadhan.

SIFATUL 'UMRAH


Rukun 'Umrah ada empat :

1)Berihram iaitu niat untuk memasuki pelaksanaan ibadah 'umrah
2)Tawaf Al Qudum (Tawaf Al Wurud atau Tawaf At Tahiyyat)
3)Sa'ie antara Sofa dan Marwah
4)Mencukur atau memendekkan rambut

Wajib 'Umrah ada satu :

1)Memulai Ihram dari Miqhot

PENERANGAN

Bermula rukun rukun 'umrah ketika ihram di Miqhot.Apabila sampai seseorang yang ingin menunaikan 'umrah di Miqhot disunatkan ke atasnya untuk mandi terlebih dahulu ,membersihkan dirinya ,memakai wangi wangian ,tidak memakai pakaian yang berjahit dan mengenakan dua helai kain putih yang satunya untuk sarung dan yang lainnya untuk penutup badannya ,kemudian berihram dengan mengucapkan: (Labbaikallahumma 'Umratan) "Ya ALLAH aku sambut panggilan Engkau untuk melaksanakan 'umrah"

Setelah sampai ke Makkatul Mukarramah disunatkan untuk mandi kemudian menuju ke Baitullahil'atiq untuk menunaikan 'ibadah 'umrah.Tidak mengapa bagi seseorang yang menuju ke Masjidil Haram terus tanpa ightisal(mandi).Tidak ada halangan bagi seseorang mu'tamir(orang yang mengerjakan 'umrah) untuk melewatkan pemergiannya ke Masjidil Haram supaya dapat berehat menghilangkan kepenatan perjalanan yang panjang atau tidur dan sebagainya.Digalakkan memasuki masjid melalui pintu Bani Syaibah kerana ia adalah jalan yang paling dekat sekali untuk sampai ke Hajarul Aswad.Ketika masuk ke Masjidil Haram hendaklah mendahulukan kaki kanan dan menyebut:

اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك

lalu terus melakukan tawaf kecuali jika telah masuk waktu solat fardhu maka dia hendaklah solat terlebih dahulu.Antara sunnah bagi lelaki adalah idhtiba'(الاضطباع).Para mu'tamir memulakan tawaf di sekililing ka'bah dengan menjadikan ka'abah di sebelah kirinya bermula dari Hajarul Aswad sebanyak 7 pusingan dan berakhir juga di Hajarul Aswad.Disunatkan berlari lari anak pada tiga pusingan yang pertama dan berjalan seperti biasa pada baki pusingan yang lain iaitu empat pusingan.Sekiranya mu'tamir mampu untuk sampai ke Hajarul Aswad pada setiap pusingan maka hendaklah dia menciumnya tanpa menyakiti orang lain.Semasa melakukan tawaf hendaklah kita berterusan mengingati dan memohon keampunan dari Allah.Kita juga digalakkan berdo'a atau membaca Al Quran dan memperbanyakkannya pada pusingan yang ketujuh tanpa meninggikan suara dengan doa doa tertentu sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang awam dengan meninggikan suara dalam doa secara berjemaah.


Apabila mu'tamir sampai ke rukun Yamani,hendaklah dia istilam dengan tangannya jika berkemampuan dan tidak menciumnya mahupun memegangnya sebagaimana yang dilakukan oleh golongan yang menyelisihi sunnah Nabi Sollallahu'alaihi wa sallam.Sekiranya anda tidak mampu untuk istilam rukun Yamani maka teruskanlah menyempurnakan tawaf anda tanpa mengisyaratkan kepadanya atau bertakbir.Antara sunnah ketika tawaf di antara rukun Yamani dengan Hajarul Aswad adalah menyebut:


ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

Setelah selesai mengerjakan tawaf,kita menutup semula bahu bahagian kanan-tidak lagi idhtiba'- dan bersolat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim 'Alaihis Salam sekiranya boleh.Jika tidak boleh,maka solatlah di mana mana sahaja di dalam Masjidil Haram kerana solat ini adalah sunat muakkad yang dibaca pada rakaat pertama Surah Al Kafirun dan dibaca pada rakaat kedua selepas Al Fatihah ,Surah Al Ikhlas.Tidak mengapa jika membaca surah selain dari itu.

Ia boleh dilihat dalam hadith ini:

{ وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى }
فَجَعَلَ الْمَقَامَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ فَكَانَ أَبِي يَقُولُ وَلَا أَعْلَمُهُ ذَكَرَهُ إِلَّا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Perlaksanaan sa'ie bermula setelah selesai melaksanakan tawaf iaitu sebanyak tujuh pusingan.Apabila telah sampai berdekatan dengan Sofa menyebut:

إن الصفا والمروة من شعائر الله

Boleh dilihat dalam hadith ini:


ثُمَّ رَجَعَ إِلَى الرُّكْنِ فَاسْتَلَمَهُ ثُمَّ خَرَجَ مِنْ الْبَابِ إِلَى الصَّفَا فَلَمَّا دَنَا مِنْ الصَّفَا قَرَأَ

{ إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ }

lalu naik ke Sofa dan berdiri di atasnya dengan menghadap qiblat,selepas itu bertakbir sebanyak tiga kali dan berdoa dengan mengangkat tangan seraya berkata:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير لا إله إلا الله وحده أنجز وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده

Boleh dilihat dalam hadith ini:

أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ فَبَدَأَ بِالصَّفَا فَرَقِيَ عَلَيْهِ حَتَّى رَأَى الْبَيْتَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ فَوَحَّدَ اللَّهَ وَكَبَّرَهُ وَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

kemudian turun dari Sofa menuju ke Marwah dengan berjalan sambil berdoa untuk dirinya sendiri dan orang orang muslimin.Apabila telah sampai ke lampu hijau,disunatkan untuk berlari bagi lelaki bukan wanita sehingga sampai ke lampu yang kedua.Apabila sampai ke lampu kedua maka berjalanlah seperti biasa.Setelah sampai ke Marwah hendaklah menghadap qiblat dan menyebut sebagaimana yang disebutkan ketika menaiki Sofa tanpa membaca ayat -إن الصفا والمروة من شعائر الله-dan berdoalah apa yang anda kehendaki.
Selesai menyempurnakan sai'e,para mu'tamir hendaklah mencukur rambut atau memendekkannya.Setelah selesai amalan amalan 'umrah ini maka dihalalkan bagi mu'tamir apa yang diharamkan ketika ihram sama ada jima' atau yang lainnya.




APA YANG DISYARI'ATKAN KETIKA MENZIARAHI MASJID NABAWI


1)Digalakkan menziarahi Masjid Nabawi dan bersungguh sungguh melakukan rehlah ke sana .Maka bagi sesiapa yang sampai ke Madinah Munawwarah dengan niat ini disunatkan baginya mendatangi masjid tersebut dengan tenang lalu menyebut zikir yg diketahui ketika masuk ke dalam masjid dengan mendahulukan kaki kanan dan menyebut:


اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك

dan apabila keluar berselawat ke atas nabi dan berkata:

اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب فضلك
Sebagaimana hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam 
musnadnya:

قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَسَنِ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ حُسَيْنٍ عَنْ جَدَّتِهَا فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ


2)Disunatkan untuk mendatangi raudhah sekiranya mampu tanpa berebut rebut menyakiti orang lain lalu bersolat dua rakaat tahiyyatul masjid dengan penuh adab dan khusyu'.

3)Setelah selesai menunaikan solat tahiyyatul masjid,menghadap ke arah hujrah syarifah yang terdapat padanya kuburnya dengan membelakangi qiblat dan menghadap kubur seraya berkata:"Assalamu'alaika ya Rasulallah" atau dengan sighoh sighoh yang lain yang anda tahu diikuti dengan selawat ke atas nabi.Kemudian bergerak ke kanan sekadar sehasta dan mengucapkan "Assalamu'alaika ya Aba Bakr As Siddiq" diikuti pula dengan "Assalamu'alika ya 'Umar Al Faruq" juga dengan bergerak ke kanan dengan kadar sehasta.

Wallahu'alam.
Rujukan
1)Sifatul 'umrah-Samahatus Syaikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Bazz
2)Sohih A'maal Al Hajj wal 'Umrah min Al Kitab was Sunnah-Munzir 'Abdul Karim Al Qudhoh

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan

Ahad, 11 November 2012

'ULAMA' NAHU


'ULAMA' NAHU

Sedikit biodata atau biografi tokoh nahu yang sangat terkenal terutamanya bagi penuntut 'ilmu bahasa arab iaitu Sibawayh.Saya menterjemahkan biografi beliau dari kitab yang terkenal iaitu Siyar 'Alam An Nubala' karangan Imam Az Zahabi yang meninggal pada tahun 748 Hijrah.

Sibawayh

Imam Nahu,Hujjatul  ‘Arab,Abu Bishr,’Amru bin ‘Uthman bin  Qanbar,seorang berbangsa Parsi kemudian berpindah ke  Basrah.

Beliau telah belajar Fiqh dan Hadith beberapa tempoh lamanya,kemudian menuju ke negara Arab,lalu menguasai dan mengatasi ahli yang sezaman dengannya,dan telah mengarang kitabnya yang besar yang tidak dapat diketahui keinginannya di dalamnya.

Belajar Imla’ daripada Hammad Bin Salmah,dan mempelajari nahu dari ‘Isa bin ‘Umar , Yunus Bin Habib , Khalil dan Abi Al Khitab Al Akhfash Al Kabir.

Yahya Al Barmaki telah mengumpulkan Sibawayh dan Al Kisai’(Tokoh ‘Ulama Kufah) untuk berdebat dan turut hadir bersama mereka adalah Sa’id Al Akhfash dan Al Farra’.Perdebatan mereka tentang masalah “Zunbur”(Tebuan).

Berkata Al Kisai’satu perumpamaan:
 أظن الزنبور أشد لسعا من النحلة فإذا هو إياها
Maka berkata Sibawayh:Bukanlah perumpamaan itu seperti itu bahkan sepatutnya
 فإذا هو هي
Lalu mereka berbalah dalam masa yang lama dan sebahagian yang lain berpihak kepada Al Kisai’,kemudian Yahya memberikan kepadanya 10000 dirham,maka beliau bergerak menuju ke negara Parsi.
Telah disepakati kematiannya di Shiraz seperti yang dikatakan.
Beliau sebenarnya bergerak menuju ke Thalhah bin Thohir Al Khuzai’e

Dikatakan:Kebijaksanaan Sibawayh dapat dilihat melalui perangkap dalam kata katanya dan kehebatan penulisannya.

Kata Ibrahim Al Harbi:Dinamakan Sibawayh kerana kedua pipinya seperti dua buah epal,sangat unik.

Kata Abu Zaid Al Ansori:Sibawayh datang ke majlisku ,
apabila beliau berkata:Telah menceritakan kepadaku orang yang aku percaya dengannya maka dia memaksudkan aku(Abu Zaid Al Ansori)

Dan berkata Al ‘Aishi:Kami duduk bersama Sibawayh di dalam masjid,beliau seorang pemuda yang kemas dan pembersih,beliau telah menghubungkan ‘ilmu ‘imu dengan sebabnya,dan memukul dengan anak panah(mengkritik) dalam kesusasteraan dalam usia remajanya.

Dan dikatakan beliau hidup 32 tahun,dan sebahagian yang lain mengatakan lebih kurang 40 tahun

Meninggal pada tahun 180 adalah pendapat yang paling tepat manakala yang lain mengatakan tahun 188.


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid

Mafraq,Jordan.