Ahad, 11 November 2012

'ULAMA' NAHU


'ULAMA' NAHU

Sedikit biodata atau biografi tokoh nahu yang sangat terkenal terutamanya bagi penuntut 'ilmu bahasa arab iaitu Sibawayh.Saya menterjemahkan biografi beliau dari kitab yang terkenal iaitu Siyar 'Alam An Nubala' karangan Imam Az Zahabi yang meninggal pada tahun 748 Hijrah.

Sibawayh

Imam Nahu,Hujjatul  ‘Arab,Abu Bishr,’Amru bin ‘Uthman bin  Qanbar,seorang berbangsa Parsi kemudian berpindah ke  Basrah.

Beliau telah belajar Fiqh dan Hadith beberapa tempoh lamanya,kemudian menuju ke negara Arab,lalu menguasai dan mengatasi ahli yang sezaman dengannya,dan telah mengarang kitabnya yang besar yang tidak dapat diketahui keinginannya di dalamnya.

Belajar Imla’ daripada Hammad Bin Salmah,dan mempelajari nahu dari ‘Isa bin ‘Umar , Yunus Bin Habib , Khalil dan Abi Al Khitab Al Akhfash Al Kabir.

Yahya Al Barmaki telah mengumpulkan Sibawayh dan Al Kisai’(Tokoh ‘Ulama Kufah) untuk berdebat dan turut hadir bersama mereka adalah Sa’id Al Akhfash dan Al Farra’.Perdebatan mereka tentang masalah “Zunbur”(Tebuan).

Berkata Al Kisai’satu perumpamaan:
 أظن الزنبور أشد لسعا من النحلة فإذا هو إياها
Maka berkata Sibawayh:Bukanlah perumpamaan itu seperti itu bahkan sepatutnya
 فإذا هو هي
Lalu mereka berbalah dalam masa yang lama dan sebahagian yang lain berpihak kepada Al Kisai’,kemudian Yahya memberikan kepadanya 10000 dirham,maka beliau bergerak menuju ke negara Parsi.
Telah disepakati kematiannya di Shiraz seperti yang dikatakan.
Beliau sebenarnya bergerak menuju ke Thalhah bin Thohir Al Khuzai’e

Dikatakan:Kebijaksanaan Sibawayh dapat dilihat melalui perangkap dalam kata katanya dan kehebatan penulisannya.

Kata Ibrahim Al Harbi:Dinamakan Sibawayh kerana kedua pipinya seperti dua buah epal,sangat unik.

Kata Abu Zaid Al Ansori:Sibawayh datang ke majlisku ,
apabila beliau berkata:Telah menceritakan kepadaku orang yang aku percaya dengannya maka dia memaksudkan aku(Abu Zaid Al Ansori)

Dan berkata Al ‘Aishi:Kami duduk bersama Sibawayh di dalam masjid,beliau seorang pemuda yang kemas dan pembersih,beliau telah menghubungkan ‘ilmu ‘imu dengan sebabnya,dan memukul dengan anak panah(mengkritik) dalam kesusasteraan dalam usia remajanya.

Dan dikatakan beliau hidup 32 tahun,dan sebahagian yang lain mengatakan lebih kurang 40 tahun

Meninggal pada tahun 180 adalah pendapat yang paling tepat manakala yang lain mengatakan tahun 188.


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid

Mafraq,Jordan.

0 ulasan:

Catat Ulasan