Khamis, 17 Januari 2013

ZIARAH MASJID NABAWI





Artikel kali ini akan membincangkan isu yang berkait dengan ziarah Masjid Nabawi.Hukum hakam mengenai ziarah Masjid Nabawi banyak yang tidak diketahui oleh orang ramai sehingga menyebabkan berlaku beberapa perkara yang menyalahi syari'at.Oleh itu,saya kira adalah suatu perkara yang mustahak untuk menerangkan hukum hakam dan peringatan terhadap perkara yang menyalahi syari'at mengikut apa yang benar dan tepat dari petunjuk Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam dan para Sahabat Radhiallahu'anhum.Saya menterjemahkan risalah yang sangat bermanfaat tulisan Yusuf bin Abdullah Al Ahmad yang diteliti semula oleh Fadhilatus Syaikh Abdullah Al Jibrin buat tatapan rakan rakan yang bakal menunaikan 'umrah.

1)Disyari'atkan safar untuk solat di Masjid Nabawi pada bila bila masa sebagaimana yang tsabit di dalam As Sohihain(Sohih Bukhari dan Sohih Muslim) dari Abi Hurairah Radhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda:


صلاة في مسجدي هذا خير من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام
متفق عليه


Terjemahan:Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di tempat selainnya kecuali Masjidil Haram

Muttafaqun 'alaih

2)Safar untuk solat di Masjid Nabawi tidak ada kaitan dengan haji;oleh itu,bukanlah termasuk dari sunat sunat haji atau kesempurnaannya dengan menziarahi Masjid Nabawi sebelum haji atau selepasnya.


3)Apabila seseorang muslim sampai ke Masjid Nabawi disunatkan padanya apa yang disunatkan ketika memasuki masjid,iaitu mendahulukan kaki kanan ketika masuk,sambil berkata:


بسم الله,والصلاة والسلام على رسول الله,اللهم افتح لي أبواب رحمتك

أعوذ بالله العظيم,وبوجهه الكريم,وسلطانه القديم من الشيطان الرجيم

4)Kemudian bersolat dua rakaat tahiyyatul masjid.


5)Setelah selesai solat,disunatkan untuk pergi ke kubur nabi dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan 'Umar dan mengucapkan salam ke atas mereka dengan berkata:


السلام عليك يا رسول الله,السلام عليك يا أبا بكر,السلام عليك يا عمر


kemudian berlalu pergi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu 'Umar ketika datang ke Madinah.


6)Disunatkan bagi sesiapa yang berada di Madinah untuk membersihkan dirinya di rumah kemudian menuju ke Masjid Quba' dan bersolat dua rakaat di dalamnya;sebagaimana sabda Nabi Sallalahu'alaihi wa sallam:


من تطهّر في بيته ثم أتى مسجد قباء فصلّى فيه ركعتين كان له كأجر عمرة

حديث صحيح أخرجه أحمد والنسائي وغيرهما

Terjemahan:Barangsiapa yang membersihkan diri di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat,baginya pahala seperti mengerjakan 'umrah.
Hadith Sohih,Dikeluarkan oleh Imam Ahmad,An Nasaie dan yang lainnya.


7)Disunatkan untuk menziarahi perkuburan Baqi' dan kubur para syuhada' peperangan Uhud;kerana Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam menziarahi mereka dan mendoakan mereka;sebagaimana 'umum sabdanya:


كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dahulu aku melarang kamu semua menziarahi kubur,maka ziarahilah.
Dikeluarkan oleh Muslim.


Nabi telah mengajar para Sahabat apabila mereka menziarahi kubur hendaklah berkata:


السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين,وإنا إن شاء الله بكم لاحقون,نسأل الله لنا ولكم العافية

أخرجه المسلم

8)Antara perkara yang wajid diketahui adalah bahawa binaan atas kubur seperti kubah atau yang lainnya,membina masjid di atas kubur,mengebumikan mayat di dalam masjid merupakan perkara haram yang besar kerana Nabi telah memberi peringatan dengan sebenar benar peringatan dalam nas nas yang banyak,antaranya:

عن عائشة رضي الله عنها قالت:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرضه الذي لم يقم منه:لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد
متفق عليه

Terjemahan:Dari A'isyah Radhiallahu'anha berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda ketika sakitnya yang membuatkan beliau tidak dapat berdiri:Allah melaknat orang orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah.
Muttafaqun 'Alaih

وعن عائشة أيضا أن أم حبيبة وأم سلمة رضي الله عنهما ذكرتا كنيسة رأينها بالحبشة فيها تصاوير لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال:إن أولئك إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات,بنوا على قبره مسجدا,وصوّروا فيه تلك الصور,أولئك شرار الخلق عند الله يوم القيامة
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Aisyah juga sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah Radhiallahu'anhuma menceritakan tentang gereja yang mereka lihat di Habsyah padanya gambar gambar kepada Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam lalu bersabda:Mereka itu(Nasrani) apabila ada orang yang soleh dalam kalangan mereka yang mati,mereka membina masjid di atas kuburannya,membuat gambar(patung),mereka itu makhluk paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.
Dikeluarkan oleh Muslim.

وعن جابر رضي الله عنه قال:نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر,وأن يقعد عليه,وأن يبنى عليه
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Jabir Rodhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alahi wa sallam melarang untuk menyimen kubur,duduk di atasnya dan mebuat binaan di atasnya.
Dikeluarkan oleh Muslim

Adapun kewujudan kubur nabi di dalam masjid;maka sesungguhnya Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam tidak dikebumikan di dalam masjid tetapi dikebumikan di dalam Hujrah 'Aisyah Rodhiallahu'anha.Hujrahnya terletak di luar masjid dan berterusan sehinggalah tamat zaman Sahabat Rodhiallahu'anhum.

Kemudian,dibesarkan masjid pada zaman Al Walid bin Abdul Malik dan dimasukkan Hujrah ke dalamnya.
(Lihat Majmu' Fatawa Ibn Taimiyyah 27/323)

Sepatutnya pembesaran hendaklah tidak berlaku pada arah kubur nabi sebaliknya pada tiga arah yang lain sehingga membolehkan kubur kekal di luar masjid sebagaimana yang dilakukan oleh 'Umar dan 'Uthman Rodhiallahu'anhuma dalam pembesaran masjid.

KESALAHAN DAN PERINGATAN

1)Ramai orang yang bermusafir ke Madinah dengan tujuan ziarah kubur Nabi,dan amalan ini adalah tidak boleh.Disyari'atkan bagi seseorang muslim untuk berniat solat di Masjid Nabawi sebagaimana sabdanya:

لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد:المسجد الحرام ,ومسجدي هذا,والمسجد الأقصى
متفق عليه

Terjemahan:Tidaklah pelana itu diikat-tidak boleh sengaja melakukan perjalanan dalam rangka ibadah-kecuali ke tiga tempat:Masjidil Haram,Masjidku ini(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Muttafaqun 'Alaih.

2)Menziarahi kubur nabi,dua sahabatnya(Abu Bakar dan Umar)khusus untuk lelaki sahaja;adapun perempuan tidak ada bagi mereka menziarahi apa apa kubur;sebagaimana sabda Nabi Sollalahu'alaihi wa sallam:

لعن الله زوّارات القبور
حديث صحيح أخرجه أحمد والترمذي وابن ماجه

Terjemahan:Allah melaknat wanita wanita yang menziarahi kubur.
Hadith Sohih dikeluarkan oleh At Tirmizi dan Ibnu Majah.

3)Tidak boleh bagi seseorang untuk memegang atau menyapu (dengan tujuan tabarruk) pada minbar,hujrah yang ada di dalamnya kubur nabi dan kedua sahabatnya,tidak menciumnya,tidak tawaf di sekelilingnya kerana sesungguhnya ini semua adalah bid'ah munkarah.

4)Tidak boleh bagi seseorang untuk meminta kepada Rasulullah atau sesiapa yang lain untuk menyempurnakan hajatnya,menghilangkan penderitaannya,mengubati penyakitnya,memberi syafaat kepadanya atau yang seumpama dengannya kerana semua ini tidaklah dipinta melainkan kepada Allah.Meminta dari orang yang telah mati adalah syirik kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5)Antara amalan bid'ah yang dilakukan oleh orang yang menziarahi kubur nabi adalah meninggikan suara,berdiri lama dan berdoa di sisi kuburnya.Ada juga yang menghadap ke kubur lalu mengangkat tangan berdoa.Begitu juga apa yang dilakukan sebahagian manusia yang menghadap ke kubur dari jauh lagi kemudian menggerakkan kedua lidahnya dengan salam dan do'a,ziarah kubur nabi setiap kali selepas solat atau setiap kali masuk ke masjid atau keluar.Ini semua menyalahi apa yang dilakukan salafussoleh dari kalangan Sahabat,Tabi'ien,Atba' Tabi'ien bahkan ia termasuk dari bida'ah.

6)Telah dijelaskan sebelum ini apa yang disyar'atkan menziarahinya ketika berada di Madinah dan selain dari itu maka ia tidak disyari'atkan;seperti Masajid Sab'ah,Masjid Qiblatain dan yang lainnya,begitu juga pergi dengan mereka yang dinamakan sebagai pemandu pelancong untuk mengajar mereka do'a do'a.

Wallahu'alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.


0 ulasan:

Catat Ulasan