Ahad, 7 April 2013

الاسم واللقب والكنية



Ramai yang terkeliru dengan cara atau kaedah sebenar yang menepati kaedah bahasa arab dalam menulis nama seseorang yang mempunyai kuniyah atau laqab.Tulisan saya kali ini akan memberi sedikit panduan tentang cara cara menulisnya.Semoga bermanfaat!!


1) Tidak ada susunan antara isim dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:


أبو الحسن عليّ بطلٌ

عليّ أبو الحسن بطلٌ
2) Tidak ada susunan antara laqab dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:

الصّدّيق أبو بكر أول الخلفاء الراشدين

أبو بكر الصّدّيق أول الخلفاء الراشدين

3) Wajib mengikut susunan antara isim dengan laqab,iaitu dengan mendahulukan isim dan mengakhirkan laqab,sebagai contoh:
عمر الفاروق هو الخليفة الثاني من الخلفاء الراشدين

Susunan ini wajib sekiranya isim lebih masyhur dari laqab,tetapi sekiranya laqab lebih masyhur maka harus kedua duanya,seperti:

المسيح عيسى بنُ مريمَ رسولٌ كريم

عيسى بنُ مريمَ المسيح رسولٌ كريم

Rujukan : An Nahwu al Wafi


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan

Related Posts:

  • KAEDAH MENGI'RAB DHOMIR FASL إعراب ضمير الفصل 'IRAB DHOMIR AL FASL Dhomir fasl atau lebih dikenali sebagai dhomir munfasil terdiri daripada: 1)أنا 2)نحن 3)هو 4)هي 5)هما 6)هم 7)هن 8) أنتَ,أنتِ,أنتما,أنتم,أنتنّ 9)إياي,وإيانا,وإياكَ,وإياكِ,إياكما,إياكم… Read More
  • الاسم واللقب والكنية Ramai yang terkeliru dengan cara atau kaedah sebenar yang menepati kaedah bahasa arab dalam menulis nama seseorang yang mempunyai kuniyah atau laqab.Tulisan saya kali ini akan memberi sedikit panduan tentang cara cara menul… Read More
  • 'ULAMA' NAHU 'ULAMA' NAHU Sedikit biodata atau biografi tokoh nahu yang sangat terkenal terutamanya bagi penuntut 'ilmu bahasa arab iaitu Sibawayh.Saya menterjemahkan biografi beliau dari kitab yang terkenal iaitu Siyar 'Alam An Nubal… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan