Memaparkan catatan dengan label BAHASA ARAB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAHASA ARAB. Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2013

الاسم واللقب والكنية



Ramai yang terkeliru dengan cara atau kaedah sebenar yang menepati kaedah bahasa arab dalam menulis nama seseorang yang mempunyai kuniyah atau laqab.Tulisan saya kali ini akan memberi sedikit panduan tentang cara cara menulisnya.Semoga bermanfaat!!


1) Tidak ada susunan antara isim dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:


أبو الحسن عليّ بطلٌ

عليّ أبو الحسن بطلٌ
2) Tidak ada susunan antara laqab dengan kuniyah , boleh didahulukan atau diakhirkan salah satu dari keduanya , sebagai contoh:

الصّدّيق أبو بكر أول الخلفاء الراشدين

أبو بكر الصّدّيق أول الخلفاء الراشدين

3) Wajib mengikut susunan antara isim dengan laqab,iaitu dengan mendahulukan isim dan mengakhirkan laqab,sebagai contoh:
عمر الفاروق هو الخليفة الثاني من الخلفاء الراشدين

Susunan ini wajib sekiranya isim lebih masyhur dari laqab,tetapi sekiranya laqab lebih masyhur maka harus kedua duanya,seperti:

المسيح عيسى بنُ مريمَ رسولٌ كريم

عيسى بنُ مريمَ المسيح رسولٌ كريم

Rujukan : An Nahwu al Wafi


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan

Sabtu, 23 Mac 2013

KAEDAH MENGI'RAB DHOMIR FASL



إعراب ضمير الفصل


'IRAB DHOMIR AL FASL


Dhomir fasl atau lebih dikenali sebagai dhomir munfasil terdiri daripada:


1)أنا

2)نحن
3)هو
4)هي
5)هما
6)هم
7)هن
8) أنتَ,أنتِ,أنتما,أنتم,أنتنّ
9)إياي,وإيانا,وإياكَ,وإياكِ,إياكما,إياكم,إياكن,إياه,إياها,إياهما,إياهم,إياهن

Dalam 'irab dhomir fasl mengandungi dua perkara:


1)Dhomir ini pada hakikatnya bukanlah dhomir tetapi hanyalah حرف خالص الحرفية

tidak membawa apa apa 'amal

2)Isim yang selepasnya di'irabkan mengikut jumlah sebelumnya tanpa melihat kepada huruf fasl yang ada,maka berlaku 'irab mengikut apa yang berada sebelum huruf fasl dan selepasnya tanpa bergantung kepadanya(huruf fasl),seolah olah ia tidak wujud kerana dianggap sebagai huruf muhmal yang tidak membawa apa apa 'amal.Maka huruf itu tidak menjadi mubtada' dan tidak juga khabar atau yang lainnya dari jenis jenis keadaan asma'.


Tetapi hanya pada satu keadaan sahaja ia menjadi isim dan wajib mengi'rab dan menamakannya dhomir fasl,sebagai contoh:


كان السبّاق هو عليّ

هو : ضمير مبتدأ مبني على الفتح في محل رفع وخبره كلمة عليّ والجملة من المبتدأ والخبر في محل نصب خبر

Contoh contoh yang akan ditunjukkan selepas ini akan lebih memudahkan para pembaca untuk memahami cara mengi'rab dhomir fasl disebabkan banyak khilaf yang berlaku dan kita tidak perlu untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam supaya pelajaran ini lebih mudah.


1)العقل هو الحارس

I'rab yang pertama:

هو: مبتدأ وخبره الحارس والجملة منهما معاً خبر المبتدأ الأول

I'rab yang kedua:

هو: حرف أو الاسم لا محل له من الإعراب

Kesimpulannya,i'rab pertama lebih afdhol berbanding i'rab kedua.

2)َكان محمد هو الحارس

I'rab yang pertama dengan sin yang berbaris fathah:

هو: اسم أو حرف لا محل له من الإعراب

كان محمد هو الحارسُ

I'rab yang kedua dengan sin yang berbaris dhommah:

هو:مبتدأ وما بعده خبر والجملة في محل نصب خبر كان

3)ظننت محمدا هو الحارسَ

I'rab yang pertama untuk dhomir dengan sin yang berbaris fathah:

هو:اسم أو حرف لا محل له من الإعراب

ظننت محمدا هو الحارسُ

I'rab yang kedua untuk dhomir dengan sin yang berbaris dhommah:

هو:مبتدأ وما بعده خبر والجملة في محل نصب مفعولا ثانيا

4)كنت أنت المخلصَ

Dua i'rab untuk dhomir dengan shod yang berbaris fathah

أنت:اسم أو حرف لا محل له من الإعراب
أنت:توكيد لفظي وتكون كلمة المخلص خبر لكان منصوبا

كنت أنت المخلصُ

I'rab untuk dhomir dengan shod yang berbaris dhommah:

أنت:مبتدأ وخبره كلمة المخلص والجملة في محل نصب خبر كان


Wallahu'alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.

Ahad, 11 November 2012

'ULAMA' NAHU


'ULAMA' NAHU

Sedikit biodata atau biografi tokoh nahu yang sangat terkenal terutamanya bagi penuntut 'ilmu bahasa arab iaitu Sibawayh.Saya menterjemahkan biografi beliau dari kitab yang terkenal iaitu Siyar 'Alam An Nubala' karangan Imam Az Zahabi yang meninggal pada tahun 748 Hijrah.

Sibawayh

Imam Nahu,Hujjatul  ‘Arab,Abu Bishr,’Amru bin ‘Uthman bin  Qanbar,seorang berbangsa Parsi kemudian berpindah ke  Basrah.

Beliau telah belajar Fiqh dan Hadith beberapa tempoh lamanya,kemudian menuju ke negara Arab,lalu menguasai dan mengatasi ahli yang sezaman dengannya,dan telah mengarang kitabnya yang besar yang tidak dapat diketahui keinginannya di dalamnya.

Belajar Imla’ daripada Hammad Bin Salmah,dan mempelajari nahu dari ‘Isa bin ‘Umar , Yunus Bin Habib , Khalil dan Abi Al Khitab Al Akhfash Al Kabir.

Yahya Al Barmaki telah mengumpulkan Sibawayh dan Al Kisai’(Tokoh ‘Ulama Kufah) untuk berdebat dan turut hadir bersama mereka adalah Sa’id Al Akhfash dan Al Farra’.Perdebatan mereka tentang masalah “Zunbur”(Tebuan).

Berkata Al Kisai’satu perumpamaan:
 أظن الزنبور أشد لسعا من النحلة فإذا هو إياها
Maka berkata Sibawayh:Bukanlah perumpamaan itu seperti itu bahkan sepatutnya
 فإذا هو هي
Lalu mereka berbalah dalam masa yang lama dan sebahagian yang lain berpihak kepada Al Kisai’,kemudian Yahya memberikan kepadanya 10000 dirham,maka beliau bergerak menuju ke negara Parsi.
Telah disepakati kematiannya di Shiraz seperti yang dikatakan.
Beliau sebenarnya bergerak menuju ke Thalhah bin Thohir Al Khuzai’e

Dikatakan:Kebijaksanaan Sibawayh dapat dilihat melalui perangkap dalam kata katanya dan kehebatan penulisannya.

Kata Ibrahim Al Harbi:Dinamakan Sibawayh kerana kedua pipinya seperti dua buah epal,sangat unik.

Kata Abu Zaid Al Ansori:Sibawayh datang ke majlisku ,
apabila beliau berkata:Telah menceritakan kepadaku orang yang aku percaya dengannya maka dia memaksudkan aku(Abu Zaid Al Ansori)

Dan berkata Al ‘Aishi:Kami duduk bersama Sibawayh di dalam masjid,beliau seorang pemuda yang kemas dan pembersih,beliau telah menghubungkan ‘ilmu ‘imu dengan sebabnya,dan memukul dengan anak panah(mengkritik) dalam kesusasteraan dalam usia remajanya.

Dan dikatakan beliau hidup 32 tahun,dan sebahagian yang lain mengatakan lebih kurang 40 tahun

Meninggal pada tahun 180 adalah pendapat yang paling tepat manakala yang lain mengatakan tahun 188.


Muhammad Haikal bin Abdul Hamid

Mafraq,Jordan.