Memaparkan catatan dengan label ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMU. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

ZIARAH MASJID NABAWI





Artikel kali ini akan membincangkan isu yang berkait dengan ziarah Masjid Nabawi.Hukum hakam mengenai ziarah Masjid Nabawi banyak yang tidak diketahui oleh orang ramai sehingga menyebabkan berlaku beberapa perkara yang menyalahi syari'at.Oleh itu,saya kira adalah suatu perkara yang mustahak untuk menerangkan hukum hakam dan peringatan terhadap perkara yang menyalahi syari'at mengikut apa yang benar dan tepat dari petunjuk Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam dan para Sahabat Radhiallahu'anhum.Saya menterjemahkan risalah yang sangat bermanfaat tulisan Yusuf bin Abdullah Al Ahmad yang diteliti semula oleh Fadhilatus Syaikh Abdullah Al Jibrin buat tatapan rakan rakan yang bakal menunaikan 'umrah.

1)Disyari'atkan safar untuk solat di Masjid Nabawi pada bila bila masa sebagaimana yang tsabit di dalam As Sohihain(Sohih Bukhari dan Sohih Muslim) dari Abi Hurairah Radhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda:


صلاة في مسجدي هذا خير من ألف صلاة فيما سواه إلا المسجد الحرام
متفق عليه


Terjemahan:Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di tempat selainnya kecuali Masjidil Haram

Muttafaqun 'alaih

2)Safar untuk solat di Masjid Nabawi tidak ada kaitan dengan haji;oleh itu,bukanlah termasuk dari sunat sunat haji atau kesempurnaannya dengan menziarahi Masjid Nabawi sebelum haji atau selepasnya.


3)Apabila seseorang muslim sampai ke Masjid Nabawi disunatkan padanya apa yang disunatkan ketika memasuki masjid,iaitu mendahulukan kaki kanan ketika masuk,sambil berkata:


بسم الله,والصلاة والسلام على رسول الله,اللهم افتح لي أبواب رحمتك

أعوذ بالله العظيم,وبوجهه الكريم,وسلطانه القديم من الشيطان الرجيم

4)Kemudian bersolat dua rakaat tahiyyatul masjid.


5)Setelah selesai solat,disunatkan untuk pergi ke kubur nabi dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan 'Umar dan mengucapkan salam ke atas mereka dengan berkata:


السلام عليك يا رسول الله,السلام عليك يا أبا بكر,السلام عليك يا عمر


kemudian berlalu pergi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu 'Umar ketika datang ke Madinah.


6)Disunatkan bagi sesiapa yang berada di Madinah untuk membersihkan dirinya di rumah kemudian menuju ke Masjid Quba' dan bersolat dua rakaat di dalamnya;sebagaimana sabda Nabi Sallalahu'alaihi wa sallam:


من تطهّر في بيته ثم أتى مسجد قباء فصلّى فيه ركعتين كان له كأجر عمرة

حديث صحيح أخرجه أحمد والنسائي وغيرهما

Terjemahan:Barangsiapa yang membersihkan diri di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya dua rakaat,baginya pahala seperti mengerjakan 'umrah.
Hadith Sohih,Dikeluarkan oleh Imam Ahmad,An Nasaie dan yang lainnya.


7)Disunatkan untuk menziarahi perkuburan Baqi' dan kubur para syuhada' peperangan Uhud;kerana Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam menziarahi mereka dan mendoakan mereka;sebagaimana 'umum sabdanya:


كنت نهيتكم عن زيارة القبور ألا فزوروها
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dahulu aku melarang kamu semua menziarahi kubur,maka ziarahilah.
Dikeluarkan oleh Muslim.


Nabi telah mengajar para Sahabat apabila mereka menziarahi kubur hendaklah berkata:


السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين,وإنا إن شاء الله بكم لاحقون,نسأل الله لنا ولكم العافية

أخرجه المسلم

8)Antara perkara yang wajid diketahui adalah bahawa binaan atas kubur seperti kubah atau yang lainnya,membina masjid di atas kubur,mengebumikan mayat di dalam masjid merupakan perkara haram yang besar kerana Nabi telah memberi peringatan dengan sebenar benar peringatan dalam nas nas yang banyak,antaranya:

عن عائشة رضي الله عنها قالت:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرضه الذي لم يقم منه:لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد
متفق عليه

Terjemahan:Dari A'isyah Radhiallahu'anha berkata:Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam bersabda ketika sakitnya yang membuatkan beliau tidak dapat berdiri:Allah melaknat orang orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah.
Muttafaqun 'Alaih

وعن عائشة أيضا أن أم حبيبة وأم سلمة رضي الله عنهما ذكرتا كنيسة رأينها بالحبشة فيها تصاوير لرسول الله صلى الله عليه وسلم فقال:إن أولئك إذا كان فيهم الرجل الصالح فمات,بنوا على قبره مسجدا,وصوّروا فيه تلك الصور,أولئك شرار الخلق عند الله يوم القيامة
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Aisyah juga sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah Radhiallahu'anhuma menceritakan tentang gereja yang mereka lihat di Habsyah padanya gambar gambar kepada Rasulullah Sollalahu'alaihi wa sallam lalu bersabda:Mereka itu(Nasrani) apabila ada orang yang soleh dalam kalangan mereka yang mati,mereka membina masjid di atas kuburannya,membuat gambar(patung),mereka itu makhluk paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.
Dikeluarkan oleh Muslim.

وعن جابر رضي الله عنه قال:نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر,وأن يقعد عليه,وأن يبنى عليه
أخرجه مسلم

Terjemahan:Dari Jabir Rodhiallahu'anhu berkata:Rasulullah Sollalahu'alahi wa sallam melarang untuk menyimen kubur,duduk di atasnya dan mebuat binaan di atasnya.
Dikeluarkan oleh Muslim

Adapun kewujudan kubur nabi di dalam masjid;maka sesungguhnya Nabi Muhammad Sollalahu'alaihi wa sallam tidak dikebumikan di dalam masjid tetapi dikebumikan di dalam Hujrah 'Aisyah Rodhiallahu'anha.Hujrahnya terletak di luar masjid dan berterusan sehinggalah tamat zaman Sahabat Rodhiallahu'anhum.

Kemudian,dibesarkan masjid pada zaman Al Walid bin Abdul Malik dan dimasukkan Hujrah ke dalamnya.
(Lihat Majmu' Fatawa Ibn Taimiyyah 27/323)

Sepatutnya pembesaran hendaklah tidak berlaku pada arah kubur nabi sebaliknya pada tiga arah yang lain sehingga membolehkan kubur kekal di luar masjid sebagaimana yang dilakukan oleh 'Umar dan 'Uthman Rodhiallahu'anhuma dalam pembesaran masjid.

KESALAHAN DAN PERINGATAN

1)Ramai orang yang bermusafir ke Madinah dengan tujuan ziarah kubur Nabi,dan amalan ini adalah tidak boleh.Disyari'atkan bagi seseorang muslim untuk berniat solat di Masjid Nabawi sebagaimana sabdanya:

لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد:المسجد الحرام ,ومسجدي هذا,والمسجد الأقصى
متفق عليه

Terjemahan:Tidaklah pelana itu diikat-tidak boleh sengaja melakukan perjalanan dalam rangka ibadah-kecuali ke tiga tempat:Masjidil Haram,Masjidku ini(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Muttafaqun 'Alaih.

2)Menziarahi kubur nabi,dua sahabatnya(Abu Bakar dan Umar)khusus untuk lelaki sahaja;adapun perempuan tidak ada bagi mereka menziarahi apa apa kubur;sebagaimana sabda Nabi Sollalahu'alaihi wa sallam:

لعن الله زوّارات القبور
حديث صحيح أخرجه أحمد والترمذي وابن ماجه

Terjemahan:Allah melaknat wanita wanita yang menziarahi kubur.
Hadith Sohih dikeluarkan oleh At Tirmizi dan Ibnu Majah.

3)Tidak boleh bagi seseorang untuk memegang atau menyapu (dengan tujuan tabarruk) pada minbar,hujrah yang ada di dalamnya kubur nabi dan kedua sahabatnya,tidak menciumnya,tidak tawaf di sekelilingnya kerana sesungguhnya ini semua adalah bid'ah munkarah.

4)Tidak boleh bagi seseorang untuk meminta kepada Rasulullah atau sesiapa yang lain untuk menyempurnakan hajatnya,menghilangkan penderitaannya,mengubati penyakitnya,memberi syafaat kepadanya atau yang seumpama dengannya kerana semua ini tidaklah dipinta melainkan kepada Allah.Meminta dari orang yang telah mati adalah syirik kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5)Antara amalan bid'ah yang dilakukan oleh orang yang menziarahi kubur nabi adalah meninggikan suara,berdiri lama dan berdoa di sisi kuburnya.Ada juga yang menghadap ke kubur lalu mengangkat tangan berdoa.Begitu juga apa yang dilakukan sebahagian manusia yang menghadap ke kubur dari jauh lagi kemudian menggerakkan kedua lidahnya dengan salam dan do'a,ziarah kubur nabi setiap kali selepas solat atau setiap kali masuk ke masjid atau keluar.Ini semua menyalahi apa yang dilakukan salafussoleh dari kalangan Sahabat,Tabi'ien,Atba' Tabi'ien bahkan ia termasuk dari bida'ah.

6)Telah dijelaskan sebelum ini apa yang disyar'atkan menziarahinya ketika berada di Madinah dan selain dari itu maka ia tidak disyari'atkan;seperti Masajid Sab'ah,Masjid Qiblatain dan yang lainnya,begitu juga pergi dengan mereka yang dinamakan sebagai pemandu pelancong untuk mengajar mereka do'a do'a.

Wallahu'alam.

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.


Rabu, 16 Januari 2013

PANDUAN 'UMRAH DAN ZIARAH





Hadith Rasulullahi Sallallahu'alaihi Wasallam:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة

 “Umrah kepada umrah lainnya adalah penebus dosa antara keduanya, dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga.”

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Dan bagi mereka yang mengerjakan 'umrah pada bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji sebagaimana sabda Rasulullahi Sallallahu'alaihi Wasallam:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يُخْبِرُنَا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الل

َّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِامْرَأَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ سَمَّاهَا ابْنُ عَبَّاسٍ فَنَسِيتُ اسْمَهَا مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّينَ مَعَنَا قَالَتْ كَانَ لَنَا نَاضِحٌ فَرَكِبَهُ أَبُو فُلَانٍ وَابْنُهُ لِزَوْجِهَا وَابْنِهَا وَتَرَكَ نَاضِحًا نَنْضَحُ عَلَيْهِ قَالَ فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِي 
فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِي رَمَضَانَ حَجَّةٌ أَوْ نَحْوًا مِمَّا قَالَ
أخرجه البخاري في: 26 كتاب العمرة: 4 باب عمرة في رمضان


Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Juraij dari 'Atho' berkata; Aku mendengar Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma mengkhabarkan kepada kami, katanya: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada seorang wanita dari Kaum Anshar yang disebut namanya oleh Ibnu 'Abbas radiallahu 'anhuma namun kami lupa siapa namanya: Apa yang menghalangimu untuk menunaikan haji bersama kami?. Wanita itu berkata: Dahulu kami memiliki seekor unta yang selalu digunakan oleh ayah fulan dan anaknya, maksudnya adalah suami dan anak dari perempuan itu, kemudian dia membiarkan unta tersebut untuk mengangkut air. Beliau sallallahu 'alaihi wasallam berkata: Apabila datang bulan Ramadhan, laksanakanlah 'umrah kerana 'umrah pada bulan Ramadhan seperti 'ibadah haji atau seperti itu (haji) sebagaimana yang Beliau sabdakan.

Dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dalam Kitab Al 'Umrah,Bab 'Umrah dalam Ramadhan.

SIFATUL 'UMRAH


Rukun 'Umrah ada empat :

1)Berihram iaitu niat untuk memasuki pelaksanaan ibadah 'umrah
2)Tawaf Al Qudum (Tawaf Al Wurud atau Tawaf At Tahiyyat)
3)Sa'ie antara Sofa dan Marwah
4)Mencukur atau memendekkan rambut

Wajib 'Umrah ada satu :

1)Memulai Ihram dari Miqhot

PENERANGAN

Bermula rukun rukun 'umrah ketika ihram di Miqhot.Apabila sampai seseorang yang ingin menunaikan 'umrah di Miqhot disunatkan ke atasnya untuk mandi terlebih dahulu ,membersihkan dirinya ,memakai wangi wangian ,tidak memakai pakaian yang berjahit dan mengenakan dua helai kain putih yang satunya untuk sarung dan yang lainnya untuk penutup badannya ,kemudian berihram dengan mengucapkan: (Labbaikallahumma 'Umratan) "Ya ALLAH aku sambut panggilan Engkau untuk melaksanakan 'umrah"

Setelah sampai ke Makkatul Mukarramah disunatkan untuk mandi kemudian menuju ke Baitullahil'atiq untuk menunaikan 'ibadah 'umrah.Tidak mengapa bagi seseorang yang menuju ke Masjidil Haram terus tanpa ightisal(mandi).Tidak ada halangan bagi seseorang mu'tamir(orang yang mengerjakan 'umrah) untuk melewatkan pemergiannya ke Masjidil Haram supaya dapat berehat menghilangkan kepenatan perjalanan yang panjang atau tidur dan sebagainya.Digalakkan memasuki masjid melalui pintu Bani Syaibah kerana ia adalah jalan yang paling dekat sekali untuk sampai ke Hajarul Aswad.Ketika masuk ke Masjidil Haram hendaklah mendahulukan kaki kanan dan menyebut:

اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك

lalu terus melakukan tawaf kecuali jika telah masuk waktu solat fardhu maka dia hendaklah solat terlebih dahulu.Antara sunnah bagi lelaki adalah idhtiba'(الاضطباع).Para mu'tamir memulakan tawaf di sekililing ka'bah dengan menjadikan ka'abah di sebelah kirinya bermula dari Hajarul Aswad sebanyak 7 pusingan dan berakhir juga di Hajarul Aswad.Disunatkan berlari lari anak pada tiga pusingan yang pertama dan berjalan seperti biasa pada baki pusingan yang lain iaitu empat pusingan.Sekiranya mu'tamir mampu untuk sampai ke Hajarul Aswad pada setiap pusingan maka hendaklah dia menciumnya tanpa menyakiti orang lain.Semasa melakukan tawaf hendaklah kita berterusan mengingati dan memohon keampunan dari Allah.Kita juga digalakkan berdo'a atau membaca Al Quran dan memperbanyakkannya pada pusingan yang ketujuh tanpa meninggikan suara dengan doa doa tertentu sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang awam dengan meninggikan suara dalam doa secara berjemaah.


Apabila mu'tamir sampai ke rukun Yamani,hendaklah dia istilam dengan tangannya jika berkemampuan dan tidak menciumnya mahupun memegangnya sebagaimana yang dilakukan oleh golongan yang menyelisihi sunnah Nabi Sollallahu'alaihi wa sallam.Sekiranya anda tidak mampu untuk istilam rukun Yamani maka teruskanlah menyempurnakan tawaf anda tanpa mengisyaratkan kepadanya atau bertakbir.Antara sunnah ketika tawaf di antara rukun Yamani dengan Hajarul Aswad adalah menyebut:


ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

Setelah selesai mengerjakan tawaf,kita menutup semula bahu bahagian kanan-tidak lagi idhtiba'- dan bersolat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim 'Alaihis Salam sekiranya boleh.Jika tidak boleh,maka solatlah di mana mana sahaja di dalam Masjidil Haram kerana solat ini adalah sunat muakkad yang dibaca pada rakaat pertama Surah Al Kafirun dan dibaca pada rakaat kedua selepas Al Fatihah ,Surah Al Ikhlas.Tidak mengapa jika membaca surah selain dari itu.

Ia boleh dilihat dalam hadith ini:

{ وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى }
فَجَعَلَ الْمَقَامَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ فَكَانَ أَبِي يَقُولُ وَلَا أَعْلَمُهُ ذَكَرَهُ إِلَّا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Perlaksanaan sa'ie bermula setelah selesai melaksanakan tawaf iaitu sebanyak tujuh pusingan.Apabila telah sampai berdekatan dengan Sofa menyebut:

إن الصفا والمروة من شعائر الله

Boleh dilihat dalam hadith ini:


ثُمَّ رَجَعَ إِلَى الرُّكْنِ فَاسْتَلَمَهُ ثُمَّ خَرَجَ مِنْ الْبَابِ إِلَى الصَّفَا فَلَمَّا دَنَا مِنْ الصَّفَا قَرَأَ

{ إِنَّ الصَّفَا والْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ }

lalu naik ke Sofa dan berdiri di atasnya dengan menghadap qiblat,selepas itu bertakbir sebanyak tiga kali dan berdoa dengan mengangkat tangan seraya berkata:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير لا إله إلا الله وحده أنجز وعده ونصر عبده وهزم الأحزاب وحده

Boleh dilihat dalam hadith ini:

أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ فَبَدَأَ بِالصَّفَا فَرَقِيَ عَلَيْهِ حَتَّى رَأَى الْبَيْتَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ فَوَحَّدَ اللَّهَ وَكَبَّرَهُ وَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

kemudian turun dari Sofa menuju ke Marwah dengan berjalan sambil berdoa untuk dirinya sendiri dan orang orang muslimin.Apabila telah sampai ke lampu hijau,disunatkan untuk berlari bagi lelaki bukan wanita sehingga sampai ke lampu yang kedua.Apabila sampai ke lampu kedua maka berjalanlah seperti biasa.Setelah sampai ke Marwah hendaklah menghadap qiblat dan menyebut sebagaimana yang disebutkan ketika menaiki Sofa tanpa membaca ayat -إن الصفا والمروة من شعائر الله-dan berdoalah apa yang anda kehendaki.
Selesai menyempurnakan sai'e,para mu'tamir hendaklah mencukur rambut atau memendekkannya.Setelah selesai amalan amalan 'umrah ini maka dihalalkan bagi mu'tamir apa yang diharamkan ketika ihram sama ada jima' atau yang lainnya.




APA YANG DISYARI'ATKAN KETIKA MENZIARAHI MASJID NABAWI


1)Digalakkan menziarahi Masjid Nabawi dan bersungguh sungguh melakukan rehlah ke sana .Maka bagi sesiapa yang sampai ke Madinah Munawwarah dengan niat ini disunatkan baginya mendatangi masjid tersebut dengan tenang lalu menyebut zikir yg diketahui ketika masuk ke dalam masjid dengan mendahulukan kaki kanan dan menyebut:


اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك

dan apabila keluar berselawat ke atas nabi dan berkata:

اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب فضلك
Sebagaimana hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam 
musnadnya:

قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَسَنِ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ حُسَيْنٍ عَنْ جَدَّتِهَا فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَإِذَا خَرَجَ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ


2)Disunatkan untuk mendatangi raudhah sekiranya mampu tanpa berebut rebut menyakiti orang lain lalu bersolat dua rakaat tahiyyatul masjid dengan penuh adab dan khusyu'.

3)Setelah selesai menunaikan solat tahiyyatul masjid,menghadap ke arah hujrah syarifah yang terdapat padanya kuburnya dengan membelakangi qiblat dan menghadap kubur seraya berkata:"Assalamu'alaika ya Rasulallah" atau dengan sighoh sighoh yang lain yang anda tahu diikuti dengan selawat ke atas nabi.Kemudian bergerak ke kanan sekadar sehasta dan mengucapkan "Assalamu'alaika ya Aba Bakr As Siddiq" diikuti pula dengan "Assalamu'alika ya 'Umar Al Faruq" juga dengan bergerak ke kanan dengan kadar sehasta.

Wallahu'alam.
Rujukan
1)Sifatul 'umrah-Samahatus Syaikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Bazz
2)Sohih A'maal Al Hajj wal 'Umrah min Al Kitab was Sunnah-Munzir 'Abdul Karim Al Qudhoh

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan