Selasa, 4 September 2012

IMAM IMAM BESAR DI ZAMAN INI




ابن باز رحمه الله:توفي فجر يوم الخميس 27/ محرم 1420هـ الموافق لتاريخ 13 /5/

 1999م
عن عمر يناهز 89 سنة. 


Ibn Bazz Rahimahullah: meninggal pada subuh hari khamis 27 Muharram 1420 Hijrah bersamaan 13.5.1999 Masihi ketika umur mencecah 89 tahun.

ابن عثيمين رحمه الله: توفي يوم الأربعاء 15/ شوال 1421هـ الموافق 1/15/ 2000م
عن عمر ناهز الـ 74 عاماً 


Ibn Uthaymeen Rahimahullah: meninggal pada hari rabu 15 Shawwal 1421 Hijrah bersamaan 15.1.2000 Masihi ketika umur mencecah 74 tahun

أسد السنة الألباني رحمه الله : توفي قبيل يوم السبت 22 / جمادى الآخرة 1420هـ،
الموافق 2 أكتوبر 1999م، في مدينة عمان عاصمة الأردن. عن عمر يناهز 85 عاما.


Asadussunnah Al Albani rahimahullah:Meninggal ketika hampir hari Sabtu 22 Jamadil Akhir 1420 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1999 Masihi di Bandar
‘Amman,Jordan ketika umur mencecah 85 tahun.

مقبل الوادعي رحمه الله: كانت وفاته مع غروب شمس السبت 30 ربيع الآخر 1422هـ
الموافق6/21//2001م. لم يبلغ ال 70 من العمر .


Muqbil bin Al Wad’ie Rahimahullah:meninggal ketika terbenam matahari hari Sabtu 30 Rabi’ul Akhir 1422 Hijrah bersamaan 21.6.2001 Masihi .Umurnya tidak sampai 70 tahun.

قال الشيخ ابن عثيمين عنه : واللهِ إني لأعتقد أن الشيخ مقبلاً إمامٌ من الأئمة .


Berkata Syaikh Ibn Uthaimeen tentangnya:Sesungguhnya aku menganggap Syaikh Muqbil sebagai Imam daripada kalangan Imam Imam.

اللهم ارض عنهم واغفر لهم وارحمهم وأسكنهم الفردوس الأعلى من الجنة واجمعنا وإياهم مع الأنبياء والشهداء والصديقين والصالحين.


Khamis, 23 Ogos 2012

KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN



AL QURAN

Al quran adalah kalamullah.Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah atas segala makhluk Nya.Membacanya adalah amalan paling utama dilakukan oleh lisan.


KEUTAMAAN MEMPELAJARI,MENGAJAR DAN MEMBACA AL QURAN


Pahala mengajarkannya:

Sabda Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam:

حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَلْقَمَةُ بْنُ مَرْثَدٍ سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ قَالَ وَأَقْرَأَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ فِي إِمْرَةِ عُثْمَانَ حَتَّى كَانَ الْحَجَّاجُ قَالَ وَذَاكَ الَّذِي أَقْعَدَنِي مَقْعَدِي هَذَا

"Sebaik baik kalian adalah siapa yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya" (H.R Al bukhari)


Pahala membacanya:

Sabda Nabi Sallalahu'alaihi Wasallam:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ عُثْمَانَ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى قَال سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ كَعْبٍ الْقُرَظِيَّ قَال سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
"Sesiapa sahaja yang membaca satu huruf dari kitab Allah(Al Quran),maka baginya satu kebaikan,dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya,tidak aku katakan alif lam mim itu satu huruf,tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf." (H.R At Tirmizi)

Keutamaan mempelajari Al Quran,menghafaznya dan pandai membacanya:

Sabda Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam:

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ زُرَارَةَ بْنَ أَوْفَى يُحَدِّثُ عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ عَنْ عَائِشَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهُوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَمَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ وَهُوَ يَتَعَاهَدُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَدِيدٌ فَلَهُ أَجْرَانِ
"Perumpamaan orang yang membaca Al Quran sedang ia hafaz dengannya bersama para malaikat yang suci dan mulia,dan perumpamaan orang yg membaca Al Quran sedang ia sentiasa melakukannya meskipun hal itu sukar baginya maka baginya dua pahala." (Muttafaq 'alaih)

dan Sabda Nabi :


حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ وَأَبُو نُعَيْمٍ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا

"Dikatakan kepada ahli Quran,'Bacalah,naiklah dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca di dunia,kerana kedudukanmu terletak pada akhir ayat yang kamu baca." (H.R At Tirmizi)


Al Khatthabi mengatakan:"Disebutkan dalam athar bahawa jumlah ayat Al Quran adalah sesuai dengan jumlah tingkatan dalam syurga.Dikatakan kepada pembaca (Al Quran),'Naiklah dalam tingkatan sesuai dengan ayat Al Quran yang sebelumnya kamu baca(di dunia)'.Kerana itu sesiapa yang membaca seluruhnya Al Quran maka ia menempati tingkatan syurga yang paling atas di akhirat sedangkan sesiapa yang membaca satu juzu' darinya,maka kenaikannya dalam tingkatan syurga sesuai dengan bacaannya itu.Oleh yang demikian,akhir pahalanya adalah pada akhir bacaannya."


Pahala bagi orang yang anaknya mempelajari Al Quran:

Sabda Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam:

أخبرنا بكر بن محمد الصيرفي بمرو ثنا عبد الصمد بن الفضل البلخي ثنا مكي بن إبراهيم ثنا بشير بن مهاجر عن عبد الله بن بريدة الأسلمي عن أبيه رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم * من قرأ القرآن وتعلمه وعمل به ألبس يوم القيامة تاجا من نور ضوؤه مثل ضوء الشمس ويكسى والديه حلتان لا يقوم بهما الدنيا فيقولان بما كسينا فيقال بأخذ ولدكما القرآن

"Sesiapa sahaja yang membaca Al Quran,mempelajarinya dan mengamalkannya.maka dipakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari qiamat mahkota dari cahaya yang sinarnya bagai cahaya matahari dan dikenakan kepada orang tuanya dua perhiasan yang nilainya tiada tertanding oleh dunia lalu keduanya pun bertanya:"Bagaimana dipakaikan kepada kami semuanya ini?",Dijawab:"Kerana anakmu telah membawa Al Quran."(H.R Al Hakim)

Muhammad Haikal bin Abdul Hamid
Mafraq,Jordan.